Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor.
Pineapple Information Centre (PIC) MAEPS Serdang.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Pineapple Information Centre (PIC) MAEPS Serdang terletak di dalam kawasan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) merupakan sebuah pusat semakan maklumat setempat berkenaan dengan industri nanas Malaysia.
Pineapple Information Centre (PIC) mula dibuka pada tahun 2008 menyediakan kemudahan dan maklumat kepada pengunjung yang inginkan informasi berkenaan industri nanas.
Di dalam kawasan PIC juga terdapat tapak plot tanaman nanas seluas 2 ekar yang ditanam dengan pelbagai jenis varieti nanas supaya para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat contoh varieti pokok-pokok nanas yang terdapat di dalam negara serta pelbagai jenis tanaman Bromeliad (nanas hiasan).
Pelbagai aktiviti menarik disediakan di Pineapple Information Centre (PIC) terutama semasa berlangsungnya Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA). Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi penanaman dan penjagaan nanas di ladang, demonstrasi masakan berasaskan nanas oleh chef selebriti, kursus dan seminar, aktiviti mewarna, karavan nanas, jualan buah segar serta produk-produk dari usahawan serta pelbagai aktiviti yang menarik perhatian pengunjung.
[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/04/Carta-Organisasi-Selangor-2026.pdf"]
Pemantauan Projek SG1 di SSAP Sungai Air Tawar
Perbincangan dan Pengukuran Tapak Cadangan Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian
Perbincangan dan perkongsian maklumat bersama Lembaga Zakat Selangor
Lawatan Pemantauan Projek ke Kilang Pemprosesan En. Aminuddin Syubli (Dapur Kak Mala)
LAWATAN KETUA PENGARAH LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM)
PROGRAM LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Laman Nanas,
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor.
Telefon : 03-89432122
