Skip to main content

Pada 1 Mac 2010, LPNM mula beroperasi di Sarawak. Lokasi penempatan pertama LPNM di Sarawak ialah di IADA Samarahan. Pada ketika itu, bilangan pegawai permulaan ialah 9 orang. Kawasan operasi LPNM di Sarawak ketika itu hanyalah sekitar Kuching dan Samarahan.

Sasaran LPNM Sarawak ialah meluaskan kawasan sebanyak 2,000 ekar dalam masa lima tahun. Namun terdapat halangan terhadap masyarakat mengenai syarat pemohonan bantuan penanaman nanas yang ditetapkan oleh LPNM. Oleh kerana itu, LPNM telah menukar syarat pemohonan iaitu membenarkan pengunaan tanah NCR dan perlu mempunyai surat pelepasan tanggungan.

Pada 1 Februari 2011, LPNM telah membuka cawangan di Saratok bertempat di IADA Kalakar Saribas dan mempunyai pegawai seramai 3 orang. Kawasan jagaan ialah dari Sri Aman hingga Mukah. Pada tahun yang sama, LPNM telah membuka cawangan di Kuching dan telah dijadikan sebagai ibu pejabat LPNM di Sarawak serta mempunyai pegawai seramai 3 orang.

Pada Jun 2016, cawangan LPNM di Saratok ditutup kerana LPNM telah membuka cawangan yang baru di Sibu dan memiliki pegawai seramai 4 orang. Perubahan kawasan jagaan di cawangan Samarahan iaitu kawasan Kuching hingga Betong. Manakala, cawangan Sibu kawasan jagaannya ialah Sarikei hingga Limbang.

Pada Mei 2024, LPNM & Kolej Universiti I-CATS Meterai MoU atas tujuan untuk berkerjasama dalam penyelidikan, pertukaran maklumat dan kemahiran teknikal khususnya berkaitan Industri Nanas Di Sarawak.

Sarawak menduduki tempat kedua di Malaysia dalam jumlah keluasan tanaman nanas yang hampir 3 ribu hektar berkat hasil usaha pegawai-pegawai dan pekebun-pekebun yang komited untuk meluaskan tanaman nanas di Sarawak.

Sehingga kini, tahun 2026, LPNM Sarawak kekal beroperasi di ketiga-tiga cawangan (Kuching, Samarahan dan Sibu) dan mempunyai pertambahan pegawai seramai 19 Pegawai tetap dan 9 Personal MY-STEP.

Menjelang tahun 2030, Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran untuk meningkatkan keluasan kawasan tanaman nanas di seluruh negeri sehingga menjangkau 20,000 hektar.

PENERAJU INDUSTRI NANAS NEGARA

- Laman Sosial Rasmi LPNM Negeri Sarawak -

FACEBOOK : https://www.facebook.com/lpnmsarawak/

TikTok : https://www.tiktok.com/@lpnm_sarawak

[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/02/CARTA-ORGANISASI-SARAWAK-23JAN2026-A4.pdf"]

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Negeri Sarawak
Lot 464 & 465 Tingkat 3, Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak
 
TEL: 082-242857

 

 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Negeri Sarawak (Samarahan)

Tingkat 1 & 2, Lot 14186, Sublot 51
Aiman 2, Kota Samarahan
Block 26 Muara Tuang District
Jalan Datuk Muhammad Musa
94300 Kota Samarahan, Sarawak

TEL : 082-661857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Negeri Sarawak (Sibu)
No 1, Tingkat 1,
Lorong Dr Wong Soon Kai 20D,
Jalan Dr Wong Soon Kai, 96000 Sibu, Sarawak
 

LPNM SARAWAK @ MEDIA SOSIAL

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia