KUNJUNGAN HORMAT PENGERAH LPNM SARAWAK KE UPM DI BINTULU
6 OGOS 2026 | KHAMIS | BINTULU
Pengarah LPNM Negeri Sarawak, Encik Nazaiful Azdi bin Rahman bersama Unit Pengembangan dan Pembangunan Kapasiti telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak bagi memperkukuhkan kerjasama strategik.
Delegasi LPNM telah disambut oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Prof. Madya Dr. Nohasmah binti Saupi serta ketua-ketua jabatan UPM Kampus Bintulu.
Kunjungan ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan MoU dan MoA, lawatan ke tapak cadangan kajian dan penerokaan peluang kerjasama dalam penyelidikan.
Antara hasil perbincangan ialah melanjutkan tempoh MoU kepada 5 tahun, pemeteraian MoU semasa Agrofest 2026, pelaksanaan kajian masa terdekat mengikut peruntukan sedia ada serta cadangan pembangunan plot demontrasi nanas seluas 1.0 hektar di UPM Kampus Bintulu.
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuhkan usaha kedua-dua pihak dalam memacu pembangunan industri nanas di Sarawak.
