Skip to main content

Secara umumnya, Negeri Johor sinonim sebagai pengeluar utama tanaman nanas terbesar di Malaysia dan menjadi peneraju dalam pembangunan industri nanas negara. Seiring dengan potensi besar sektor ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor terus komited dalam merancang, melaksana serta menyelaras pelbagai program pembangunan yang berimpak tinggi bagi memperkukuh industri nanas agar lebih produktif, berdaya saing dan mampan.

Dalam usaha meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan pengusaha nanas, LPNM Negeri Johor memainkan peranan penting merangkumi keseluruhan rantaian industri termasuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan melalui program pemindahan teknologi, khidmat sokongan teknikal serta bimbingan berterusan kepada para pengusaha bagi memastikan peningkatan hasil dan kualiti pengeluaran.

Selain itu, LPNM Negeri Johor turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan insentif seperti bekalan input pertanian, benih nanas berkualiti, pembangunan infrastruktur ladang, latihan kemahiran serta program promosi bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan dalam industri ini. Usaha berterusan ini selaras dengan aspirasi untuk memperkasakan industri nanas sebagai salah satu penyumbang utama kepada sektor agromakanan negara.

Bagi meningkatkan produktiviti dan keluasan tanaman nanas, LPNM Negeri Johor juga giat memperluaskan kawasan penanaman baharu di samping mengekalkan kawasan sedia ada dengan sokongan tenaga kerja seramai 35 orang kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi.

Pejabat LPNM Negeri Johor beroperasi melalui lima (5) cawangan utama yang terletak di daerah Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat bagi memastikan perkhidmatan serta bimbingan kepada pengusaha nanas dapat disampaikan secara efektif dan menyeluruh. Manakala bagi daerah Kulai, Kota Tinggi dan Mersing, urusan pentadbiran dan perkhidmatan diselaraskan melalui Pejabat LPNM Negeri Johor di Pontian.

Komitmen berterusan ini mencerminkan peranan LPNM Negeri Johor sebagai pemangkin utama dalam memacu transformasi industri nanas ke arah yang lebih moden, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pejabat LPNM Negeri Johor
Peti Surat 19, Jalan Abas, 82000 Pontian, Johor
No telefon: 07-6871688 / 07-6871087

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

No Telefon : 07-6871688 / 1087

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Mersing)

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

No Telefon : 07-6871688 / 1087

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Ayer Baloi)

Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu
Ayer Baloi, 81200 Pontian, Johor.

No Telefon : 07-6932311

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Simpang Renggam)

Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu
Jalan Anggerik, Taman Jaya,
86200 Simpang Renggam, Johor.

No Telefon : 07-7556687

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Rengit)

Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu
Sungai Dulang, Rengit,
81300 Batu Pahat,Johor.

No Telefon : 07-4241900

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Parit Sulong)

Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu
Mukim 4, Parit Sulong,
83500 Batu Pahat, Johor.

No Telefon : 07-4185568

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Muar)

Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam
Batu 18, Ayer Hitam,
84060 Muar, Johor.

No Telefon : 07-4211160

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor (Labis)

Pejabat Pertanian Lais
Pusat Pertanian Bersepadu
85300 Labis, Segamat.

No Telefon : 07-9251770

 

LPNM JOHOR @MEDIA SOSIAL

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia