Skip to main content

SESI TAKLIMAT & TEKNIKAL DRON PERTANIAN UNTUK TANAMAN NANAS SERTA TEKNOLOGI BAJA SEMBURAN

30 Jun 2026 | Kolej Vokasional Pagoh, Johor

 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor telah mengadakan Sesi Taklimat & Teknikal Dron Pertanian untuk Tanaman Nanas serta Teknologi Baja Semburan Tanaman Nanas sebagai usaha memperkukuh penggunaan teknologi moden dalam industri nanas negara.
 
Program ini bertujuan untuk:
✅ Memberi pendedahan mengenai penggunaan dron pertanian dalam pengurusan tanaman nanas yang lebih cekap dan berkesan.
✅ Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan teknik pengendalian dron serta amalan operasi yang selamat.
✅ Berkongsi teknologi dan kaedah penggunaan baja semburan yang lebih tepat, seragam dan menjimatkan kos.
✅ Menggalakkan penerapan pertanian pintar (Smart Farming) bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan kualiti hasil tanaman nanas.
 
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada penggunaan teknologi dron dalam memperkasakan industri nanas di negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.
LPNM komited memperkasa industri nanas melalui inovasi, teknologi dan pembangunan modal insan demi kelestarian sektor agromakanan negara.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia