Skip to main content

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) merupakan sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 - Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada 15 September 2004 Jemaah Menteri telah bersetuju supaya LPNM dikekalkan sebagai sebuah Badan Berkanun yang bertanggungjawab untuk meraju pembangunan industri nanas Negara dan membatalkan Keputusan pembubaran LPNM yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 29 Mei 1996 dengan kekuatan kapasiti 158 perjawatan.

Selaras dengan perkembangan teknologi pertanian dan keperluan meluaskan tanaman nanas ke atas tanah selain tanah gambut pada tahun 2006 LPNM telah melaksanakan penstrukturan semula perjawatan dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2007 dengan waran perjawatan berjumlah 372 jawatan yang terdiri daripada pelbagai jawatan. Waran perjawatan mula diisi pada bulan Jun 2008 secara berperingkat bertujuan untuk mengembangkan tanaman nanas ke seluruh negeri dengan kaedah membuka pejabat-pejabat negeri.

Pejabat LPNM Negeri Perak beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2008 dengan menyewa bangunan rumah kedai beralamat di No. 37, Jalan Medan Saujana Kamunting, Medan Saujana, 34600 Kamunting Perak dengan kekuatan kakitangan seramai Sembilan (9) orang. Pada 2 Mei 2011 pejabat LPNM Negeri Perak berpindah secara rasmi ke Bangunan Pengurusan, Terminal Makanan Negara (TEMAN), Gopeng yang kini dikenali sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng. Kekuatan kakitangan LPNM Negeri Perak pada ketika ini adalah seramai 10 kakitangan yang terdiri daripada sembilan (9) orang lantikan tetap dan satu (1) orang lantikan secara kontrak (MySTEPS). Pejabat LPNM Negeri berperanan untuk meluaskan tanaman nanas bagi meningkatkan pengeluaran buah nanas dan pemprosesan berasaskan buah nanas disamping aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan industri nanas.

[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/04/Carta-Organisasi-Perak-23-12-2025.pdf"]

Loading Viewer...

JELAJAH SEJAHTERA AGRO @ DUN SELAMA

JELAJAH SEJAHTERA AGRO @ DUN SELAMA

    JELAJAH SEJAHTERA AGRO @ DUN SELAMA 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊 & 𝐍𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍 @ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀Jom meriahkan program 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐀𝐠𝐫𝐨 yang menghimpunkan komuniti agro dalam satu platform penuh manfaat!Lokasi…
    Baca Lagi
    MAJLIS PELUNCURAN JUALAN SEJAHTERA RAHMAH IKAN MURAH LKIM

    MAJLIS PELUNCURAN JUALAN SEJAHTERA RAHMAH IKAN MURAH LKIM

      MAJLIS PELUNCURAN JUALAN SEJAHTERA RAHMAH IKAN MURAH LKIM 𝟭𝟱 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗔𝗿𝗲𝗻𝗮 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗦𝗶𝗽𝘂𝘁 (𝗨)Majlis Peluncuran Jualan Sejahtera Rahmah Ikan Murah LKIM Perak mencatat sejarah apabila LKIM Negeri Perak…
      Baca Lagi

      Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Perak

      Bangunan Pengurusan, Aras G,
      Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),
      Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
      Km.16, Jalan Gopeng,
      31600 Gopeng,
      Perak Darul Ridzuan.


      No Telefon : 05-3571942
      No Faksimili : 05-35721415

      LPNM NEGERI PERAK @MEDIA SOSIAL

      Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
      Negeri Perak

      Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM Negeri Perak)
      Bangunan Pengurusan Aras G,
      Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),
      Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
      KM 16, Jalan Gopeng,
      31600 Gopeng, Perak.

      05-3571942
      05-3572145
      Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
      Negeri Kedah/Perlis

      Lot 1, Aras Atas,
      Kompleks Kota Tani Fama,
      Lot 1235, Jalan Kuala Muda
      07100 Padang Matsirat, Langkawi
      Kedah Darul Aman

      04-7710901 / 04-7711462

      © 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia