KURSUS TRANSFORMASI TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN TANAMAN NANAS ANJURAN APBM, BATU GAJAH 2026
Cawangan Penyelarasan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Teknik Penanaman Nanas yang melibatkan golongan belia seluruh Malaysia berumur 18 hingga 43 tahun. Kursus ini telah diadakan pada tarikh 5 hingga 7 Oktober 2026 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Perak hasil kerjasama LPNM Negeri Perak dan Kementerian Belia dan Sukan. Dua orang pegawai LPNM Negeri Perak, En. Mohd Izzuwan bin Abu Hassan dan En. Mohd Azrin Rizwan bin Anuar, bertindak sebagai penceramah untuk kursus tersebut. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada golongan belia mengenai teknologi pertanian dalam bidang penanaman nanas agar dapat melahirkan lebih ramai belia yang berjaya dalam bidang tersebut.
