Skip to main content

Pejabat LPNM Negeri Pulau Pinang terletak di Pusat Bandar Bertam Perdana dan berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar Bertam, menjadi nadi penggerak pembangunan industri nanas di negeri ini.

Kekuatan kakitangan LPNM Negeri Pulau Pinang pada ketika ini seramai 8 orang kakitangan yang terdiri daripada enam (6) orang lantikan tetap dan dua (2) orang lantikan secara kontrak.

Penubuhan pejabat ini adalah bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan berkaitan industri nanas di seluruh Pulau Pinang yang merangkumi lima daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya.

Pejabat LPNM Negeri Pulau Pinang merupakan pusat rujukan utama di Negeri Pulau Pinang yang berperanan aktif dalam melaksanakan program bantuan, menyediakan khidmat nasihat, latihan serta sokongan teknikal kepada pekebun dan usahawan nanas. Usaha ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran pemain industri agar lebih berdaya saing.

Selain itu, pejabat ini turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil nanas, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui pembangunan industri nanas yang mampan dan berpotensi tinggi.

 

[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/02/CARTA-ORGANISASI-LPNM-PULAU-PINANG-19-12-2025.pdf"]

Loading Viewer...

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Pulau Pinang

No 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

No.Telefon: 04-5750262 / 04-5741325

LPNM PULAU PINANG @MEDIA SOSIAL

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia