Skip to main content
 
🍍 Telah berlangsung Penyerahan Bekalan Peralatan dan Bahan Tanaman di bawah Projek Kebun Komuniti Nanas 2026 yang bertempat di PPK Sungai Acheh. Penyerahan bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi Projek PPAN 2026 ini dilaksanakan secara berperingkat kepada 30 komuniti yang terlibat.
 
🍍 Sesi kali ini merupakan sesi penyerahan terakhir, melibatkan seramai 7 komuniti yang telah menerima bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi membantu kelancaran pelaksanaan projek masing-masing. 7 komuniti yang telah menerima bekalan pada sesi kali ini ialah:
 
1. PPK Sungai Acheh
2. Komuniti Taman Ilmu, Nibong Tebal
3.SMK Sungai Acheh
4. Madrasah Tarbiah Islamiah, Balik Pulau
5. Qariah Sungai Burung, Balik Pulau
6. Majlis Bandaraya Pulau Pinang
7. Komuniti PERSIAP Penjara Seberang Perai
 
🍍 Penyerahan bekalan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Negeri LPNM Pulau Pinang, Tuan Hj Muhamad Yusni bin Ramelan. Turut diadakan Kursus Hands-On bagi memberikan pendedahan dan latihan secara praktikal kepada komuniti berkaitan kaedah serta pengurusan tanaman nanas.
 
🍍 Semoga penyerahan bekalan dan pelaksanaan kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu komuniti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menjayakan pelaksanaan Projek PPAN 2026.
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia