Skip to main content
 
🍍 Seramai 60 peserta daripada 30 komuniti yang terlibat telah menghadiri Kursus Lanjutan Smart Agro: Tanaman Nanas dalam Polibeg yang berlangsung selama dua hari di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengusahakan tanaman nanas dalam polibeg melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta pendedahan kepada amalan pertanian yang bersesuaian.
 
🍍 Program ini menampilkan En. Akmal Koay, seorang pekebun nanas berpengalaman yang mengusahakan kebun di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Beliau berkongsi pengalaman serta pengetahuan berkaitan pengurusan tanaman nanas sebagai panduan kepada peserta dalam mengusahakan tanaman nanas dengan lebih berkesan.
 
🍍 Selain itu, wakil syarikat BRT dan ACM turut menyampaikan taklimat berkaitan produk baja dan racun bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan input pertanian yang bersesuaian.
 
🍍 Turut diadakan ceramah berkaitan pemasaran hasil pertanian yang disampaikan oleh En. Suhaime, Pegawai LPNM Negeri Pulau Pinang bagi memberikan panduan kepada peserta tentang strategi pemasaran buah nanas yang berkesan untuk meningkatkan potensi jualan hasil tanaman.
 
🍍 Majlis perasmian Kursus Lanjutan Smart Agro: Tanaman Nanas dalam Polibeg telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Rashidi bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawan Negeri Pulau Pinang. Turut dihadiri oleh Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Muhamad Yusni bin Ramelan. Perasmian ini mencerminkan komitmen dalam menyokong pembangunan sektor pertanian serta memperkasakan pekebun nanas melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pertanian moden.
 
🍍 Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta membantu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan potensi mereka dalam mengusahakan tanaman nanas secara lebih sistematik dan berdaya maju.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia