Skip to main content
 
🍍 Telah berlangsung Penyerahan Bekalan Peralatan dan Bahan Tanaman di bawah Projek Kebun Komuniti Nanas 2026 yang bertempat di Masjid Ar-Rahman, Permatang Rambai, Pulau Pinang.
 
🍍 Penyerahan bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi Projek PPAN 2026 dilaksanakan secara berperingkat kepada 30 komuniti yang terlibat. Bagi sesi kali ini, seramai 3 komuniti telah menerima bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi menyokong pelaksanaan projek tanaman nanas. 3 komuniti yang telah menerima bekalan pada sesi kali ini ialah:
1. Komuniti Permatang Tok Brin
2. Koperasi Usahawan Tani SPU Berhad (Permatang Janggus)
3. Koperasi Kariah Masjid Ar-Rahman Permatang Rambai SPU Berhad
 
🍍 Penyerahan bekalan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Negeri LPNM Negeri Pulau Pinang, Encik Rohafidi bin Jahaya.
 
🍍 Turut diadakan Kursus Hands-On bagi memberikan pendedahan dan latihan secara praktikal kepada komuniti berkaitan kaedah serta pengurusan tanaman nanas.
 
🍍 Semoga penyerahan bekalan dan pelaksanaan kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu komuniti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menjayakan pelaksanaan Projek PPAN 2026. 🌱🍍
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia