Skip to main content
 
🍍 Telah berlangsung Penyerahan Bekalan Peralatan dan Bahan Tanaman di bawah Projek Kebun Komuniti Nanas 2026 yang bertempat di KRT Kampung Baru Pondok, Pokok Sena.
 
🍍 Penyerahan bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi Projek PPAN 2026 dilaksanakan secara berperingkat kepada 30 komuniti yang terlibat. Bagi sesi kali ini, seramai 4 komuniti telah menerima bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi menyokong pelaksanaan projek tanaman nanas.
 
4 komuniti yang telah menerima bekalan pada sesi kali ini ialah:
1. Komuniti PUSPEN Kampung Selamat
2. Komuniti KRT Kampung Baru Pondok, Pokok Sena
3. Komuniti Kampung Pokok Jenerih
4. SMK Kampung Selamat
 
🍍 Penyerahan bekalan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Negeri LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan. Turut hadir dalam majlis penyerahan ini ialah YB Mohd Sobri bin Saleh, ADUN Permatang Berangan.
Turut diadakan Kursus Hands-On bagi memberikan pendedahan dan latihan secara praktikal kepada komuniti berkaitan kaedah serta pengurusan tanaman nanas.
 
🍍 Semoga penyerahan bekalan dan pelaksanaan kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu komuniti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menjayakan pelaksanaan Projek PPAN 2026. 🌱🍍
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia