Skip to main content
 
🍍 Telah berlangsung Penyerahan Bekalan Peralatan dan Bahan Tanaman di bawah Projek Kebun Komuniti Nanas 2026 yang bertempat di tapak Projek Timun, PPK Pokok Sena, Sungai Kulim.
 
🍍 Penyerahan bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi Projek PPAN 2026 ini dilaksanakan secara berperingkat kepada 30 komuniti yang terlibat. Bagi sesi kali ini, seramai 9 komuniti telah menerima bekalan peralatan dan bahan tanaman bagi menyokong pelaksanaan projek tanaman nanas. 9 komuniti yang telah menerima bekalan pada sesi kali ini ialah:
1. SMK Dato' Haji Hassan Noh
2. SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin
3. PPK Pokok Sena
4. SK Permatang Pasir
5. SK Sungai Dua
6. Komuniti Padang Ibu
7. Komuniti Kampung Pelet
8. Kelab Polis IPD Seberang Perai
9. KRT Blok L, Jalan Tenggiri , Seberang Jaya
 
🍍 Penyerahan bekalan ini telah disempurnakan oleh Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Muhamad Yusni bin Ramelan. Turut diadakan Kursus Hands-On bagi memberikan pendedahan dan latihan secara praktikal kepada komuniti berkaitan kaedah serta pengurusan tanaman nanas.
 
🍍 Semoga penyerahan bekalan dan pelaksanaan kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu komuniti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menjayakan pelaksanaan Projek PPAN 2026. 🌱🍍
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia