KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN NANAS MENGGUNAKAN TEKNOLOGI RETORT DI LEKIR, MANJUNG
Kursus Penyediaan Makanan Berasaskan Nanas Menggunakan Teknologi Retort telah diadakan pada 22 September 2026, 8.00 pagi hingga 5.00 petang, di Homestay Tangga Batu, Kampung Tersusun Batu 7 Tambahan, Lekir, Manjung, Perak. Seramai 95 orang peserta mengikuti taklimat, demonstrasi penyediaan produk nanas, pembungkusan dan operasi mesin retort secara langsung. Majlis penutup dirasmikan oleh En. Mohd Izzuwan bin Abu Hassan wakil pengarah kepada Pengarah LPNM PERAK, diikuti penyampaian sijil, cenderamata dan cabutan bertuah.
