PENYERAHAN KIT KEBITARAAN KEPADA SMK SERI BUDIMAN, GERIK
LPNM Negeri Perak menyerahkan 10 unit Kit Kebitaraan Individu kepada Pengetua, guru-guru dan staf SMK Seri Budiman, Gerik, Perak pada 12 Oktober 2026. Kit ini diberikan di bawah Projek Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Berfokus. Pegawai LPNM turut melawat projek penanaman nanas di sekolah tersebut dan memberi khidmat nasihat penjagaan pokok nanas di dalam polybag.
