Skip to main content

MAJLIS PELUNCURAN JUALAN SEJAHTERA RAHMAH IKAN MURAH LKIM

๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜ (๐—จ)

Majlis Peluncuran Jualan Sejahtera Rahmah Ikan Murah LKIM Perak mencatat sejarah apabila LKIM Negeri Perak menjadi negeri pertama memulakan inisiatif jualan ikan murah di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Majlis peluncuran yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak. Program ini merupakan peluncuran kali pertama di Malaysia, sebagai langkah proaktif kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam membantu rakyat mendapatkan bekalan ikan segar pada harga yang lebih murah.

Program ini turut memperlihatkan kerjasama strategik antara LKIM dan pelbagai agensi/jabatan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yayasan Bina Upaya, SADC serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti FAMA, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI serta usahawan bimbingan LKIM.Kolaborasi bersepadu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara melalui inisiatif yang memberi impak langsung kepada kos sara hidup.

Turut hadir dalam program ini, Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Mohd Zolkafly Bin Harun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Negeri Perak, YBrs. Dr. Haji Abdul Salim Bin Haji Tajudin Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) merangkap Penanggung Tugas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Encik Azrul Sani bin Ibrahim Pegawai Daerah Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr Haji Khairil Anuar bin Arshad Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Encik Ahmad Zulkifli Bin Ismail Pengarah LKIM Negeri Perak, Encik Kumaresan A/L Lingam Timbalan Pengarah Sektor 1 Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan negeri dan persekutuan.

Terima kasih kepada seluruh warga Sungai Siput yang hadir memeriahkan program dan membeli jualan ikan, ayam, daging, telur dan buah nanas. Selain itu, KPDN juga terlibat di dalam jualan Rahmah melalui vendor Pasaraya MS Hari.

Sokongan padu anda bukan sahaja membantu menjayakan program ini, malah memberi manfaat terus kepada seluruh rakyat.

Teruskan menyokong dan berjumpa lagi di lain program yang akan datang.

ย 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Perak

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM Negeri Perak)
Bangunan Pengurusan Aras G,
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),
Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
KM 16, Jalan Gopeng,
31600 Gopeng, Perak.

05-3571942
05-3572145
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

ยฉ 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia