Skip to main content

LPNM PERAK DI PROGRAM JELAJAH SEJAHTERA DESAKU & 3S @ DUN LINTANG

Program Jelajah Sejahtera Desaku (JSD) & 3S (Sejahtera, Sihat dan Sukan) @ DUN Lintang telah berlangsung pada 3 Oktober 2026 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, di Mini Arena FELDA Lasah, Sungai Siput. Program dihadiri YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.

Antara pengisian program:

  1. Interaksi secara langsung bersama YB Exco dan agensi agro
  2. Kaunter khidmat nasihat dan rujukan daripada jabatan dan agensi
  3. Sukan rakyat dan cabutan bertuah
  4. Jualan Sejahtera Rakyat
  5. Jamuan kenduri rakyat

LPNM Negeri Perak turut mengambil bahagian dengan memberi penerangan mengenai tanaman dan industri nanas kepada pengunjung, serta memberikan 250 buah nanas Morris secara percuma.

LPNM Negeri Perak juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penduduk FELDA Lasah serta semua pengunjung yang hadir menyokong Program Jelajah Sejahtera Desaku & 3S @ DUN Lintang. Terima kasih juga kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Perak

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM Negeri Perak)
Bangunan Pengurusan Aras G,
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),
Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
KM 16, Jalan Gopeng,
31600 Gopeng, Perak.

05-3571942
05-3572145
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia