Skip to main content

LAWATAN PENGESAHAN TEKNIKAL PROGRAM PEMERKASAAN AGROMAKANAN NEGARA (PPAN) LPNM NEGERI JOHOR

13 Ogos 2026 | Khamis | Kluang

 
RENGGAM, JOHOR — Satu Lawatan Pengesahan Teknikal melibatkan Jawatankuasa Teknikal telah diadakan di Ladang Nanas (CEP) Renggam yang diusahakan oleh Syarikat Tabano Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan menilai dan membuat pengesahan terhadap pelaksanaan serta keperluan projek di bawah Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN).
Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Linda binti Buang, Timbalan Ketua Pengarah LPNM dengan diiringi oleh En. Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yussof, Pengarah LPNM Negeri Johor bersama En. Muhammad Saifudin bin Adam, Penolong Pengarah LPNM Negeri Johor. Hadir sama ialah pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat LPNM serta ahli Jawatankuasa Teknikal yang terlibat.
Fokus utama lawatan ini adalah bagi memastikan setiap pelaksanaan program mematuhi skop, spesifikasi, dan ketetapan yang telah ditetapkan. Di samping itu, ia juga menjadi platform untuk memperkukuhkan usaha dalam meningkatkan produktiviti serta menyokong pembangunan sektor agromakanan negara, khususnya dalam industri tanaman nanas 🍍.
LPNM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini berlangsung.
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia