Skip to main content

KURSUS PENGENALAN AGROPRENUER NEXTGEN & PENGURUSAN ASAS TANAMAN NANAS

19-20 Ogos 2026 | Pinetree Hotel, Batu Pahat

 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Pengenalan Agroprenuer NextGen & Pengurusan Asas Tanaman Nanas yang melibatkan seramai 30 orang peserta berumur 18 hingga 45 tahun.
Kursus ini khusus disasarkan kepada golongan muda sebagai usaha memupuk minat serta menggalakkan penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian, khususnya industri tanaman nanas. Peserta turut didedahkan kepada peluang keusahawanan agro serta asas pengurusan tanaman nanas yang baik dan lestari.
 
Peserta turut diberi pendedahan mengenai Program Agropreneur NextGen (PAN) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), yang menyediakan Geran Agropreneur NextGen (GAN) Start-Up sehingga RM30,000 bagi belia berumur 18 hingga 45 tahun yang ingin memulakan projek pertanian. Bantuan ini diberikan dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek di peringkat permulaan.
 
Peluang ini membuktikan bahawa pertanian bukan lagi sekadar pekerjaan tradisional, malah merupakan bidang keusahawanan yang mempunyai potensi untuk berkembang, menjana pendapatan dan menjadi kerjaya masa hadapan.
Melalui penganjuran kursus seperti ini, LPNM Negeri Johor berharap dapat melahirkan lebih ramai petani muda yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan berani menceburi industri nanas serta sektor agromakanan negara.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia