Skip to main content

PROGRAM INTEGRASI PEMASARAN INDUSTRI NANAS (PIMPIN) / PROGRAM PEMBANGUNAN RANGKAIAN PEMASARAN HASIL PERTANIAN (AGRIMATCH) TAHUN 2026

7 Ogos 2026 | Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas, Alor Bukit

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyerahan Insentif Peralatan kepada usahawan pemasar bagi Tahun 2026. Penyerahan ini melibatkan dua program utama iaitu Program Integrasi Pemasaran Industri Nanas (PIMPIN) dan Program Pembangunan Rangkaian Pemasaran Hasil Pertanian (AGRIMATCH).
 
Alhamdulillah, seramai 10 orang usahawan pemasar telah menerima manfaat ini, yang terdiri daripada:
👥 5 orang pemasar di bawah Program PIMPIN
👥 5 orang pemasar di bawah Program AGRIMATCH
 
Antara peralatan komersial yang diserahkan termasuklah khemah, bakul buah, penimbang digital, dan plastik buah. Kelengkapan ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan urusan pemasaran serta pengendalian hasil nanas yang lebih efisien di lapangan.
 
Semoga insentif yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima dalam meningkatkan produktiviti, memperluaskan jaringan pasaran, serta terus menyumbang kepada pembangunan industri nanas negara yang lebih mampan.
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia