Skip to main content

LAWATAN KERJA PENGARAH LPNM NEGERI JOHOR KE DAERAH TANGKAK

10 Jun 2026 | Rabu| Sagil, Tangkak

Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor, Encik Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yussof, telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Tangkak bagi melaksanakan pemantauan tanaman nanas varieti SG1 serta melihat perkembangan semasa tanaman yang diusahakan oleh peserta perintis.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha LPNM dalam memperluaskan penanaman varieti nanas SG1 di Negeri Johor di samping menyokong kepelbagaian varieti nanas sedia ada dalam industri.

Sesi lawatan diteruskan dengan perbincangan bersama peserta berkaitan status permohonan insentif kelayakan Star Rating 3 bagi Projek Janaan Ekonomi dalam Rantaian Industri Nanas 2026 LPNM Negeri Johor.

Turut diadakan sesi penyerahan sijil Pembekal Benih SOP secara simbolik sebagai penghargaan kepada pembekal benih yang sentiasa komited dalam menyokong keperluan industri nanas negara. Pembekal berkenaan telah terlibat dalam pembekalan benih SOP MD2 selama dua tahun dan kini memasuki fasa pembaharuan sijil pembekalan kali kedua.

Pengarah LPNM Negeri Johor turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuhkan rantaian industri nanas negara.

Nanas Kita, Kebanggaan Negara 🍍

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia