LAWATAN TAPAK KAJIAN LPNM DAN NAFAS 2026
11 - 14 OGOS 2026 | SELASA - JUMAAT | PAPAR, MIRI DAN SAMARAHAN
Lawatan Tapak Kajian LPNM dan NAFAS telah dijalankan di beberapa lokasi iaitu Ladang Turns Green, Papar (Sabah), Ning Planters, Miri (Sarawak) dan Evergreen, Samarahan (Sarawak).
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada langkah komprehensif hasil kerjasama antara LPNM dan NAFAS dalam memperkukuh pengurusan kesuburan tanah dan amalan pembajaan secara optimum.
Kajian ini memberi tumpuan kepada pendekatan pembajaan yang lebih berkesan dan berkos rendah, di samping mengoptimumkan kesuburan tanah bagi menyokong penghasilan buah nanas dalam tempoh 8 bulan.
