LAWATAN TAPAK PROJEK PINEAPPLE NIGHT FARMING
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PINEAPPLE NIGHT FARMING
11 Mei 2026 | Ladang MAHB, KLIA Sepang
Lawatan pemantauan Projek Pineapple Night Farming di Ladang MAHB, KLIA
Sepang telah berjaya dilaksanakan bagi meninjau perkembangan semasa projek di bawah Program Pemerkasaan Keterjaminan Makanan (PPKM) 2024.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan projek di peringkat lapangan selain mendapatkan maklum balas berkaitan kemajuan projek serta outcome yang telah dicapai. Turut dibincangkan adalah aspek pengurusan tanaman, kaedah pelaksanaan serta potensi pengembangan teknologi pertanian dalam industri nanas negara.
LPNM sentiasa komited dalam memperkukuh pembangunan industri nanas melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi, inovatif dan berdaya saing selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
