Sesi Lawatan Penilaian Perlaksanaan Kerja Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Nanas
Pada 23 Julai 2026, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah melaksanakan Sesi Lawatan Penilaian Perlaksanaan Kerja Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Nanas oleh Mate Clove Sdn. Bhd. di Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang, Selangor.
Sesi lawatan ini dilaksanakan di bawah Program Pengukuhan Pemasaran Keterjaminan Makanan bagi menilai serta mengesahkan pelaksanaan kerja pembangunan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan nanas yang telah dilaksanakan.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak LPNM untuk meneliti kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan pembangunan kemudahan yang dilaksanakan memenuhi skop dan objektif yang telah ditetapkan.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh rantaian nilai industri nanas, meningkatkan kecekapan pengurusan hasil serta menyokong pembangunan sistem pemasaran nanas yang lebih berdaya saing dan mampan.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
