Aktiviti pengindahan kediaman KSU KPKM
AKTIVITI PENGINDAHAN LAMAN KEDIAMAN KSU KPKM DENGAN TANAMAN NANAS MD2
Satu aktiviti pengindahan landskap telah dilaksanakan di laman kediaman Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi penanaman nanas varieti MD2 sebagai elemen landskap agro yang menarik dan bernilai tinggi.
Penggunaan tanaman nanas MD2 bukan sahaja menyerlahkan keunikan landskap tropika, malah turut mempromosikan tanaman nanas sebagai komoditi bernilai serta berpotensi dijadikan tanaman hiasan dan agro-pelancongan.
Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh imej landskap hijau serta memperkenalkan keindahan dan potensi industri nanas Malaysia kepada masyarakat.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
