LAWATAN KERJA LPNM KE DRS AGRO EXPORTS & IMPORTS SDN. BHD.
LAWATAN KERJA LPNM KE DRS AGRO EXPORTS & IMPORTS SDN. BHD.
7 Oktober 2026 | Kajang, Selangor
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke DRS Agro Exports & Imports Sdn. Bhd., Kajang, Selangor bagi mendapatkan maklumat serta memahami dengan lebih dekat perkembangan perniagaan khususnya dalam aspek pemasaran, perdagangan dan eksport buah nanas.
Lawatan disertai oleh pegawai Bahagian Pembangunan Pemasaran LPNM Pn. Nor Hamizah binti Hussin @ Mat Hussin Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Pemasaran, En. Mohd Faris bin Mohd Nor Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi LPNM serta Hajah Suriliza binti Zainal Abidin wakil LPNM Negeri Selangor.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk LPNM mendapatkan pandangan dan input daripada pihak industri berkaitan:
🔹 Pasaran dan permintaan semasa produk nanas di pasaran tempatan dan antarabangsa;
🔹 Potensi serta peluang pengembangan eksport produk nanas Malaysia;
🔹 Isu dan cabaran dalam aktiviti pemasaran serta eksport nanas;
🔹 Peluang kerjasama strategik antara LPNM dan pihak syarikat; dan
🔹 Input industri bagi memperkukuh rantaian pemasaran serta meningkatkan daya saing industri nanas negara.
LPNM merakamkan penghargaan kepada DRS Agro Exports & Imports Sdn. Bhd. atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan pasaran serta perdagangan nanas.
Kerjasama erat antara agensi dan pemain industri amat penting dalam memperkukuh ekosistem pemasaran dan eksport nanas Malaysia ke peringkat yang lebih berdaya saing.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
