Lawatan kerja YB Dato’ Hj Rashidi bin Zainol Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang ke Saudagar Nanas Sg Merab
LAWATAN KERJA YB DATO’ HJ RASHIDI BIN ZAINOL KE SAUDAGAR NANAS SG. MERAB
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat YB Dato’ Hj Rashidi bin Zainol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang ke Saudagar Nanas Sg. Merab.
Lawatan kerja ini bertujuan meninjau sendiri pembangunan industri nanas serta operasi pemprosesan dan pemasaran produk berasaskan nanas yang dijalankan oleh usahawan tempatan. Delegasi turut diberi taklimat mengenai rantaian nilai industri nanas, amalan pemprosesan, serta potensi pengembangan industri yang mampu meningkatkan nilai tambah hasil pertanian.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, pertukaran pandangan dan penerokaan peluang kerjasama strategik antara Negeri Pulau Pinang, LPNM serta pengusaha industri nanas dalam memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negara.
Semoga jalinan kerjasama yang terhasil dapat terus memacu pertumbuhan industri nanas Malaysia yang lebih mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada para usahawan serta pekebun nanas di seluruh negara.


Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
