Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ZAMBIA KE LPNM NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ZAMBIA KE LPNM NEGERI SELANGOR

Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pesuruhjaya Tinggi Republik Zambia. Sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai fungsi dan peranan LPNM dalam memacu industri nanas negara.

Selain itu, perbincangan ini turut membuka ruang dan peluang jalinan kerjasama strategik (potensi kolaborasi) antara kedua-dua belah pihak demi pembangunan sektor pertanian perindustrian nanas yang lebih mampan.

Sesi kunjungan hormat ini dihadiri oleh wakil dari Republik Zambia iaitu Encik Sunday Mwanza (Counsellor Economic) dan Encik Sakalima Yoyo (First Secretary Economic), manakala pihak LPNM pula diwakili oleh Encik Rosmizam Bin Md Yusof (Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman), Encik Mohd Yunos Bin Ahmad (Pengarah LPNM Negeri Selangor), serta Encik Marzuki Bin Madzlan dari Unit Komunikasi Korporat.

Semoga perkongsian ilmu dan hasrat kerjasama ini menjadi titik permulaan kepada hubungan dua hala yang kukuh dalam memperkasakan industri nanas di peringkat global!

 

    Leave a Reply
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
    Negeri Selangor

    Laman Nanas,
    Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS),
    Persiaran MARDI-UPM,
    43400 Serdang, Selangor.

    03-89432122
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
    Negeri Kedah/Perlis

    Lot 1, Aras Atas,
    Kompleks Kota Tani Fama,
    Lot 1235, Jalan Kuala Muda
    07100 Padang Matsirat, Langkawi
    Kedah Darul Aman

    04-7710901 / 04-7711462

    © 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia