Skip to main content

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor.
Pineapple Information Centre (PIC) MAEPS Serdang.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Pineapple Information Centre (PIC) MAEPS Serdang terletak di dalam kawasan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) merupakan sebuah pusat semakan maklumat setempat berkenaan dengan industri nanas Malaysia.

Pineapple Information Centre (PIC) mula dibuka pada tahun 2008 menyediakan kemudahan dan maklumat kepada pengunjung yang inginkan informasi berkenaan industri nanas.

Di dalam kawasan PIC juga terdapat tapak plot tanaman nanas seluas 2 ekar yang ditanam dengan pelbagai jenis varieti nanas supaya para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat contoh varieti pokok-pokok nanas yang terdapat di dalam negara serta pelbagai jenis tanaman Bromeliad (nanas hiasan).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di Pineapple Information Centre (PIC) terutama semasa berlangsungnya Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA). Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi penanaman dan penjagaan nanas di ladang, demonstrasi masakan berasaskan nanas oleh chef selebriti, kursus dan seminar, aktiviti mewarna, karavan nanas, jualan buah segar serta produk-produk dari usahawan serta pelbagai aktiviti yang menarik perhatian pengunjung.

[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/04/Carta-Organisasi-Selangor-2026.pdf"]

Aktiviti pengindahan kediaman KSU KPKM

Aktiviti pengindahan kediaman KSU KPKM

    AKTIVITI PENGINDAHAN LAMAN KEDIAMAN KSU KPKM DENGAN TANAMAN NANAS MD2 Satu aktiviti pengindahan landskap telah dilaksanakan di laman kediaman Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi penanaman nanas…
    Baca Lagi

    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor

    Laman Nanas,
    Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang, Selangor.

    Telefon : 03-89432122

    LPNM negeri selangor @MEDIA SOSIAL

    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
    Negeri Selangor

    Laman Nanas,
    Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS),
    Persiaran MARDI-UPM,
    43400 Serdang, Selangor.

    03-89432122
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
    Negeri Kedah/Perlis

    Lot 1, Aras Atas,
    Kompleks Kota Tani Fama,
    Lot 1235, Jalan Kuala Muda
    07100 Padang Matsirat, Langkawi
    Kedah Darul Aman

    04-7710901 / 04-7711462

    © 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia