Skip to main content

Pejabat LPNM Negeri Pulau Pinang terletak di Pusat Bandar Bertam Perdana dan berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar Bertam, menjadi nadi penggerak pembangunan industri nanas di negeri ini.

Kekuatan kakitangan LPNM Negeri Pulau Pinang pada ketika ini seramai 8 orang kakitangan yang terdiri daripada enam (6) orang lantikan tetap dan dua (2) orang lantikan secara kontrak.

Penubuhan pejabat ini adalah bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan berkaitan industri nanas di seluruh Pulau Pinang yang merangkumi lima daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya.

Pejabat LPNM Negeri Pulau Pinang merupakan pusat rujukan utama di Negeri Pulau Pinang yang berperanan aktif dalam melaksanakan program bantuan, menyediakan khidmat nasihat, latihan serta sokongan teknikal kepada pekebun dan usahawan nanas. Usaha ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran pemain industri agar lebih berdaya saing.

Selain itu, pejabat ini turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil nanas, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui pembangunan industri nanas yang mampan dan berpotensi tinggi.

 

[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/02/CARTA-ORGANISASI-LPNM-PULAU-PINANG-19-12-2025.pdf"]

Loading Viewer...

PESTA DURIAN 2026 !

PESTA DURIAN 2026 !

    June 29th, 2026  Suasana meriah menyelubungi Pesta Durian 2026 yang telah berlangsung di Masjid Ar-Rashiyidin, Nibong Tebal dengan kehadiran ribuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai aktiviti menarik.Majlis telah…
    Baca Lagi
    LAWATAN PROJEK KEBITARAAN SK PENAGA

    LAWATAN PROJEK KEBITARAAN SK PENAGA

      June 25th, 2026  Lawatan Pemantauan Projek Kebitaraan telah dilakukan oleh pegawai LPNM Negeri Pulau Pinang, En Suhaime di SK Penaga bagi menilai perkembangan tanaman nanas serta kaedah pengurusan kebun yang…
      Baca Lagi
      SEMPENA PESTA DURIAN 2026 !

      SEMPENA PESTA DURIAN 2026 !

        June 22nd, 2026  Sempena kemeriahan Pesta Durian yang bakal berlangsung, warga kerja pejabat LPNM Negeri Pulau Pinang turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati "Raja Buah" !Selain mengeratkan silaturahim sesama warga…
        Baca Lagi

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Pulau Pinang

        No 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

        No.Telefon: 04-5750262 / 04-5741325

        LPNM PULAU PINANG @MEDIA SOSIAL

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
        Negeri Pulau Pinang
        No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
        04-5750262 / 04-5741325

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
        Negeri Kedah/Perlis

        Lot 1, Aras Atas,
        Kompleks Kota Tani Fama,
        Lot 1235, Jalan Kuala Muda
        07100 Padang Matsirat, Langkawi
        Kedah Darul Aman

        04-7710901 / 04-7711462

        © 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia