Skip to main content

Pada 1 Mac 2010, LPNM mula beroperasi di Sarawak. Lokasi penempatan pertama LPNM di Sarawak ialah di IADA Samarahan. Pada ketika itu, bilangan pegawai permulaan ialah 9 orang. Kawasan operasi LPNM di Sarawak ketika itu hanyalah sekitar Kuching dan Samarahan.

Sasaran LPNM Sarawak ialah meluaskan kawasan sebanyak 2,000 ekar dalam masa lima tahun. Namun terdapat halangan terhadap masyarakat mengenai syarat pemohonan bantuan penanaman nanas yang ditetapkan oleh LPNM. Oleh kerana itu, LPNM telah menukar syarat pemohonan iaitu membenarkan pengunaan tanah NCR dan perlu mempunyai surat pelepasan tanggungan.

Pada 1 Februari 2011, LPNM telah membuka cawangan di Saratok bertempat di IADA Kalakar Saribas dan mempunyai pegawai seramai 3 orang. Kawasan jagaan ialah dari Sri Aman hingga Mukah. Pada tahun yang sama, LPNM telah membuka cawangan di Kuching dan telah dijadikan sebagai ibu pejabat LPNM di Sarawak serta mempunyai pegawai seramai 3 orang.

Pada Jun 2016, cawangan LPNM di Saratok ditutup kerana LPNM telah membuka cawangan yang baru di Sibu dan memiliki pegawai seramai 4 orang. Perubahan kawasan jagaan di cawangan Samarahan iaitu kawasan Kuching hingga Betong. Manakala, cawangan Sibu kawasan jagaannya ialah Sarikei hingga Limbang.

Pada Mei 2024, LPNM & Kolej Universiti I-CATS Meterai MoU atas tujuan untuk berkerjasama dalam penyelidikan, pertukaran maklumat dan kemahiran teknikal khususnya berkaitan Industri Nanas Di Sarawak.

Sarawak menduduki tempat kedua di Malaysia dalam jumlah keluasan tanaman nanas yang hampir 3 ribu hektar berkat hasil usaha pegawai-pegawai dan pekebun-pekebun yang komited untuk meluaskan tanaman nanas di Sarawak.

Sehingga kini, tahun 2026, LPNM Sarawak kekal beroperasi di ketiga-tiga cawangan (Kuching, Samarahan dan Sibu) dan mempunyai pertambahan pegawai seramai 19 Pegawai tetap dan 9 Personal MY-STEP.

Menjelang tahun 2030, Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran untuk meningkatkan keluasan kawasan tanaman nanas di seluruh negeri sehingga menjangkau 20,000 hektar.

PENERAJU INDUSTRI NANAS NEGARA

- Laman Sosial Rasmi LPNM Negeri Sarawak -

FACEBOOK : https://www.facebook.com/lpnmsarawak/

TikTok : https://www.tiktok.com/@lpnm_sarawak

[pdf_embed url="https://www.mpib.gov.my/negeri/wp-content/uploads/2026/02/CARTA-ORGANISASI-SARAWAK-23JAN2026-A4.pdf"]

Loading Viewer...

MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

    MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M   Salam Malidur Rasul Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selamat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati perjuangan dan sunnah baginda dalam kehidupan seharian. Selamat Menyambut Maulidur…
    Baca Lagi
    AGROFEST KAPIT 2026

    AGROFEST KAPIT 2026

      AGROFEST KAPIT 2026  14-16 OGOS 2026 | JUMAAT -AHAD | KAPIT Program Kapit Agrofest 2026 telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Town Square Kapit. Majlis Penangguhan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato…
      Baca Lagi
      AGIHAN INPUT PERTANIAN 2026 DI MIRI

      AGIHAN INPUT PERTANIAN 2026 DI MIRI

        AGIHAN INPUT PERTANIAN 2026 DI MIRI  24 JULAI 2026 | JUMAAT | MIRI LPNM Negeri Sarawak telah melaksanakan pengagihan input pertanian kepada pekebun nanas sebagai usaha memperkukuh pembangunan industri nanas di…
        Baca Lagi

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Negeri Sarawak
        Lot 464 & 465 Tingkat 3, Al-Idrus Commercial Centre
        Jalan Satok
        93400 Kuching, Sarawak
         
        TEL: 082-242857

         

         
        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Negeri Sarawak (Samarahan)

        Tingkat 1 & 2, Lot 14186, Sublot 51
        Aiman 2, Kota Samarahan
        Block 26 Muara Tuang District
        Jalan Datuk Muhammad Musa
        94300 Kota Samarahan, Sarawak

        TEL : 082-661857

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Negeri Sarawak (Sibu)
        No 1, Tingkat 1,
        Lorong Dr Wong Soon Kai 20D,
        Jalan Dr Wong Soon Kai, 96000 Sibu, Sarawak
         

        LPNM SARAWAK @ MEDIA SOSIAL

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
        Negeri Sarawak

        Lot 464 & 465 Tingkat 3,
        Al-Idrus Commercial Centre
        Jalan Satok
        93400 Kuching, Sarawak

        082-242857

        Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
        Negeri Kedah/Perlis

        Lot 1, Aras Atas,
        Kompleks Kota Tani Fama,
        Lot 1235, Jalan Kuala Muda
        07100 Padang Matsirat, Langkawi
        Kedah Darul Aman

        04-7710901 / 04-7711462

        © 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia