• Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Bahagian Perlesenan dan Inspektorat (BPI)

    Latar Belakang

    Bahagian Pelesenan & Inspektorat telah diwujudkan Dibawah Seksyen  20 Akta Perindustrian Nanas 1957(Disemak 1990). Melalui Akta ini sebanyak empat (4) peraturan subsidiari diwujudkan bagi melicinkan tugas-tugas Bahagian Inspektorat iaitu :-

    i.Peraturan Industri  Nanas  (Kawalan Kilang Mengetin) 1959 [Pindaan 1989]

    ii.Peraturan Industri  Nanas  (Kawalan Buah) 1979

    iii.Peraturan Industri  Nanas (Gred, Label, Tanda) 1959

    iv.Peraturan Industri Nanas (Ses Eksport) 1959

     

    Bahagian Pelesenan & Inspektorat juga  telah diberikan penurunan kuasa dari Ketua Pengarah Kastam Diraja  Malaysia  bagi tujuan pengesahan eksport  nanas  kaleng,  jus,  buah  nanas,  sulur  nanas  dan  ornamental  iaitu melalui Akta Kastam, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)2017.

    Visi

    Mewujudkan industri nanas yang terkawal seiring dengan keperluan industri nanas global.

    Misi

    Kami komited kepada perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan dalam memantapkan perjalanan industri nanas negara.

    Moto

    Kepatuhan adalah keperluan kami.
    ( Compliance is our requirement )

    Kualiti Polisi

    Dalam meningkatkan kualiti Perkhidmatan Pelesenan & Inspektorat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, kami anggota Bahagian Pelesenan & Inspektorat adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik menepati spesifikasi dan masa bagi memenuhi kehendak pelanggan.

    Objektif Korporat

    Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi dan masa yang ditentukan.

    Objektif Umum

    Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan tidak melebihi 90%.

    Objektif Operasi

    1. Memastikan Penguatkuasaan Kawalan Mutu di kilang-kilang kecil berdaftar mengikut Akta dan Peraturan yang ditetapkan.
    2. Menentukan aktiviti penyeliaan, pengagihan bekalan buah nanas Pekebun Kecil dan perkhidmatan dilaksanakan dengan berkesan.
    3. Memastikan perkhidmatan yang diberi, disediakan kepada pihak berkaitan industri memenuhi keperluan, kegunaan dan menepati spesifikasi serta masa yang ditentukan.
    4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan kurang daripada 90%.

    Fungsi Bahagian Pelesenan & Inspektorat

    1. Melaksanakan Penguatkuasaan Akta serta Peraturan untuk mengawal semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan industri nanas meliputi aspek penyelarasan buah nanas, penghantaran, pemprosesan & kawalan mutu keluaran industri.
    2. Memberi khidmat nasihat berkaitan teknikal & rundingan kepada sektor awam & swasta mengenai perkara-perkara berhubung dengan pemprosesan peningkatan mutu pengeluaran penghasilan.
    3. Bertanggungjawab dalam mengawal & memantau kualiti keluaran industri berasaskan nanas.
    4. Memantau & mengumpul data-data untuk tujuan perangkaan.
    5. Menjalankan operasi pencegahan & penguatkuasaan akta serta peraturan berkaitan.
    6. Mengkaji isu dan masalah Penguatkuasan Akta & Peraturan-peraturan Perindustrian Nanas Malaysia & bila perlu mencadangkan penambahbaikan kepada Bahagian Perancangan & Strategik.
    7. Meningkatkan kefahaman awam berkaitan Akta & Peraturan-peraturan Perindustrian Nanas Malaysia.
    X