Logo-BM
MENU

SOALAN LAZIM

Bagaimana kaedah permohonan program bantuan di LPNM?

Bagi semua permohonan program bantuan di bawah LPNM, pihak pemohon boleh memohon melalui 2 kaedah permohonan seperti berikut :

  1. Memuat turun borang permohonan bantuan mengikut jenis program dan bantuan di laman sesawang rasmi iaitu mpib.gov.my/muat-turun/ atau ;
  2. Hadir sendiri untuk mengambil borang permohonan bantuan di pejabat LPNM seluruh negara. Sesi konsultansi proses permohonan bantuan dan program-program berkaitan akan diberikan secara terus kepada pihak pemohon.
Apakah Insentif atau Bantuan yang disediakan di LPNM?

LPNM telah menyediakan pelbagai jenis bantuan dan insentif yang bersesuaian mengikut kluster projek tanaman nanas. Bantuan atau insentif yang diberikan kepada pengusaha adalah seperti berikut :-

  1. Bantuan Khidmat Nasihat dan Teknikal Tanaman
  2. Bantuan Bahan Tanaman (Anak Benih/Sulur Nanas)
  3. Bantuan Input Pertanian (Baja/Racun/Hormon)
  4. Bantuan Infrastruktur Asas Ladang
  5. Bantuan Mekanisasi dan Automasi Ladang
  6. Bantuan Pembangunan Industri Asas Tani
  7. Bantuan Infrastruktur Asas Pemasaran
Bagaimana proses pendaftaran sebagai pengeksport/pengangkut/penjual di LPNM?

Bagi setiap individu/syarikat/koperasi yang hendak mengeksport nanas samaada secara segar, kaleng atau jus boleh mengemukakan permohonan pendaftaran dan berdaftar sebagai pengeksport secara atas talian melalui system e-BLESS (https://www.bless.gov.my/bless/). Pemohon hendaklah menyediakan wang deposit sebanyak RM 2,000 bagi pendaftaran pertama kali dibuat samaada secara wang tunai/wang pos/cek di atas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Bukti pembayaran ini hendaklah dilampirkan bersama semasa pendaftaran di dalam BLESS.

Bagi pendaftaran pengangkut/penjual terdiri daripada orang perseorangan/syarikat/koperasi yang menjual/mengangkut buah nanas permohonan lesen pengangkut dan penjual akan dikenakan dengan kadar bayaran sebanyak RM 20.00 setiap kali pendaftaran. Bukti pembayaran ini hendaklah dilampirkan bersama semasa pendaftaran di dalam BLESS.

Bagaimana pekebun boleh mendapatkan sumber benih untuk tanaman nanas? Apakah kaedah yang digunakan LPNM bagi memastikan sumber benih adalah tulen dan diperakui?

Bagi setiap peserta dibawah Program Bantuan Tanaman Nanas LPNM sumber benih akan dibekalkan melalui pembekal-pembekal benih berdaftar di bawah LPNM melalui pendaftaran pembekal benih LPNM. Orang perseorangan/syarikat/koperasi yang tidak berada dibawah LPNM juga boleh mendapatkan sumber benih daripada pembekal benih berdaftar di bawah LPNM.

Setiap pembekal benih berdaftar adalah dipastikan ketulenan benih atau bahan tanaman melalui Sijil SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) yang diperakukan oleh pihak Jabatan Pertanian.

Hanya sumber benih dan pembekal yang menerima sijil perakuan SPBT sahaja yang akan diiktiraf sebagai sumber benih yang tulen.

Apakah pendirian LPNM dalam isu penggunaan kultur tisu sebagai sumber bahan tanaman/sumber benih bagi tanaman MD2?

Satu Ketetapan berkaitan penggunaan kultur tisu sebagai sumber benih bagi varieti nanas MD2 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Dasar bil 2.2018 dimana ketetapan berikut telah diambil :

Arahan untuk tidak membenarkan benih dan sulur daripada sumber kultur tisu hanyan digunakan dala perolehan Kerajaan. Perkara ini terpakai sehingga teknologi kultur tisu telah dibuktikan stabil. Sehingga itu, hanya benih sulur sahaja dibenarkan bagi projek-projek di bawah Bajet Kerajaan.

Bagaimanakah ingin memohon atau mendapatkan borang berkaitan dan apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mengambil borang-borang permohonan?
  1. Borang Permohonan Penanaman Nanas
  2. Borang Pendaftaran sebagai pekebun
  3. Borang Permohonan Insentif Infrastruktur
  4. Borang Permohonan Agroprenur Muda
  5. Borang Permohonan Kursus / Latihan
  6. Surat Pelepasan Tanggungan
  7. Surat Akuan Berkanun
  8. Borang Pendaftaran Pembekal Benih

Boleh dapatkan borang-borang di

  • laman sesawang LPNM (http.mpib.gov.my)
  • Ibu Pejabat LPNM, Johor Bahru
  • Pejabat-pejabat Cawangan Negeri

Dokumen yang perlu di bawa adalah :|

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran /Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Pelan Pejabat Cawangan Tanah), Surat / Notis pembayaran cukai tanah
Apakah syarat-syarat dan kelayakan untuk menjadi usahawan di bawah LPNM?

Syarat-syarat dan kelayakan untuk menjadi usahawan di bawah LPNM ialah :

  1. Usahawan mestilah warganegara Malaysia
  2. Mempunyai pendaftaran perniagaan / lessen premis yang sah (berdaftar dengan SSM)
  3. Menghasilkan produk yang berasaskan nanas
  4. Boleh bekerjasama dengan LPNM
  5. Wajib mengikuti kursus Pembangunan usahawan yang di anjurkan oleh LPNM
  6. Mempunyai modal pusingan yang kukuh

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 26 Jun 2025 pada 14:38:36

Jumlah Pengunjung Mei 2025 : 4865

Jumlah Pengunjung Sehingga Mei 2025 : 749152

© 2025 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram