Logo-BM
MENU

Perutusan Pengerusi

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya telah dilantik dan diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berkuatkuasa pada 10 Mei 2023. Semoga dengan perlantikan ini, saya bersama-sama dengan Pengurusan Tertinggi dan seluruh Kakitangan LPNM dapat bekerja sebagai satu pasukan demi memartabatkan industri nanas negara.

Industri nanas Malaysia pada ketika ini sedang berkembang pesat dan ia merupakan sunrise industri. Walaupun industri ini telah bermula lama sebelum penubuhan LPNM pada tahun 1957, namun pengenalan varieti MD2 oleh LPNM bermula pada tahun 2012 telah menjadi anjakan paradigma kepada industri nanas pada masa kini terutamanya penglibatan pekebun-pekebun nanas dan pengusaha-pengusaha baru untuk mengusahakan vareiti premium ini.

Walaubagaimanapun, varieti-varieti yang telah sekian lama ditanam seperti Morris, Josapine, N36 dan Sarawak masih lagi diberi perhatian oleh LPNM dalam membantu pekebun-pekebun kecil sediada yang telah mempunyai pasaran tetap.

Permintaan terhadap nanas segar Malaysia terutamanya MD2 dari negara-negara dunia seperti China, Jepun, Korea dan negara-negara timur tengah terus meningkat. Walaupun Malaysia bersaing dengan negara-negara pengeluar utama yang lain, nanas dari negara kita dilihat lebih berkualiti dari segi rasa dan rupanya disebabkan faktor keadaan cuaca, kesuburan tanah serta Amalan Pertanian Baik (My GAP) yang menjadi syarat dan piawaian kepada pengusaha nanas dari negara ini untuk tujuan eksport.

Data LPNM menunjukkan keluasan tanaman nanas negara meningkat dari 13,733 hektar pada tahun 2017 kepada 16,653 hektar pada tahun 2018. Malaysia juga mengeluarkan sebanyak 400,000 metrik tan buah nanas dengan nilai pengeluaran sebanyak RM502 juta. Manakala nilai eksport produk nanas negara adalah sebanyak RM342 juta dimana produk-produk nanas kita seperti buah segar, nanas tin, jus nanas, produk iat serta nanas ornamental dieksport ke lebih 20 buah negara dunia.

Kerajaan telah mengkategorikan nanas sebagai Sumber Kekayaan Baru Negara memandangkan potensinya yang luas serta ruang yang cukup besar dimana ia mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada pekebun dan pengusaha.

Dengan potensi serta usaha-usaha yang dilaksanakan oleh LPNM, saya yakin dan percaya industri nanas negara akan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi setempat dan seterusnya hasrat kerajaan untuk menjadikan pendapatan minimum pengusaha tani terutamanya agropreneur muda sebanyak RM5,000 sebulan akan tercapai.

YBrs. Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

Pengerusi

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 3 Disember 2024 pada 15:34:41

Jumlah Pengunjung November 2024 : 4665

Jumlah Pengunjung Sehingga November 2024 : 719846

© 2024 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram