Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

Bahagian Perlesenan dan Inspektorat

Latar Belakang

Bahagian Pelesenan & Inspektorat telah diwujudkan Dibawah Seksyen  20 Akta Perindustrian Nanas 1957(Disemak 1990). Melalui Akta ini sebanyak empat (4) peraturan subsidiari diwujudkan bagi melicinkan tugas-tugas Bahagian Inspektorat iaitu :-

i.Peraturan Industri  Nanas  (Kawalan Kilang Mengetin) 1959 [Pindaan 1989]

ii.Peraturan Industri  Nanas  (Kawalan Buah) 1979

iii.Peraturan Industri  Nanas (Gred, Label, Tanda) 1959

iv.Peraturan Industri Nanas (Ses Eksport) 1959

 

Bahagian Pelesenan & Inspektorat juga  telah diberikan penurunan kuasa dari Ketua Pengarah Kastam Diraja  Malaysia  bagi tujuan pengesahan eksport  nanas  kaleng,  jus,  buah  nanas,  sulur  nanas  dan  ornamental  iaitu melalui Akta Kastam, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)2017.

Visi

Mewujudkan industri nanas yang terkawal seiring dengan keperluan industri nanas global.

Misi

Kami komited kepada perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan dalam memantapkan perjalanan industri nanas negara.

Moto

Kepatuhan adalah keperluan kami.
( Compliance is our requirement )

Kualiti Polisi

Dalam meningkatkan kualiti Perkhidmatan Pelesenan & Inspektorat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, kami anggota Bahagian Pelesenan & Inspektorat adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik menepati spesifikasi dan masa bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Objektif Korporat

Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi dan masa yang ditentukan.

Objektif Umum

Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan tidak melebihi 90%.

Objektif Operasi
  1. Memastikan Penguatkuasaan Kawalan Mutu di kilang-kilang kecil berdaftar mengikut Akta dan Peraturan yang ditetapkan.
  2. Menentukan aktiviti penyeliaan, pengagihan bekalan buah nanas Pekebun Kecil dan perkhidmatan dilaksanakan dengan berkesan.
  3. Memastikan perkhidmatan yang diberi, disediakan kepada pihak berkaitan industri memenuhi keperluan, kegunaan dan menepati spesifikasi serta masa yang ditentukan.
  4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan kurang daripada 90%.
Fungsi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat
  1. Memastikan Penguatkuasaan Kawalan Mutu di kilang-kilang kecil berdaftar mengikut Akta dan Peraturan yang ditetapkan.
  2. Menentukan aktiviti penyeliaan, pengagihan bekalan buah nanas Pekebun Kecil dan perkhidmatan dilaksanakan dengan berkesan.
  3. Memastikan perkhidmatan yang diberi, disediakan kepada pihak berkaitan industri memenuhi keperluan, kegunaan dan menepati spesifikasi serta masa yang ditentukan.
  4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan kurang daripada 90%.
Carta Organisasi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 15 September 2021 pada 08:38:27

0291688
Jumlah Kunjungan : 291688
Who's Online : 4
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram