Lawatan pemantauan Industri Asas Tani (IAT) di Negeri Kedah sebagai usaha berterusan dalam menilai perkembangan, kualiti serta potensi pengeluaran produk berasaskan nanas di peringkat usahawan tempatan.
Melalui lawatan ini, pelbagai aspek diberi perhatian termasuk proses penghasilan produk, pematuhan piawaian, inovasi serta peluang penambahbaikan bagi memastikan industri nanas terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.
Diharapkan inisiatif ini dapat membuka lebih banyak ruang kepada usahawan untuk meneroka bidang pemprosesan nanas, seterusnya meningkatkan minat masyarakat dalam menghasilkan produk nilai tambah yang berkualiti tinggi.
Semoga lebih ramai usahawan tampil ke hadapan menghasilkan produk nanas dan berdaftar bersama LPNM.

