Skip to main content
 
🍍Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), YBrs. En. Khairuzamri bin M. Salleh bersama Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang, YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol.
 
🍍Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara LPNM dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha memperkasa serta mengembangkan industri nanas di negeri ini. Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk potensi perluasan kawasan tanaman, pembangunan usahawan tani, penghasilan produk hiliran bernilai tambah serta penerokaan peluang pasaran yang lebih luas.
 
🍍Melalui kerjasama erat antara kedua-dua pihak, industri nanas di Pulau Pinang diyakini mampu menjadi salah satu sektor agromakanan yang berdaya saing dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun serta usahawan tempatan. Inisiatif ini juga selaras dengan agenda memperkukuh keterjaminan makanan dan merancakkan pembangunan ekonomi luar bandar secara mampan.
 
🍍Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri nanas negara, seterusnya menjadikan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang berpotensi dalam memperkasakan rantaian nilai industri nanas Malaysia.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia