SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026
20 MAC 2026
Semoga Allah SWT merahmati kita semua dengan kesejahteraan dan keberkatan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M, maaf zahir dan batin.
Kuih tart enak di dalam balang,
Rendang dimakan bersama ketupat,
Hari Raya riang gemilang,
Kesihatan diri janganlah luput.
Lama tak jumpa di alam nyata,
Hanya berbual dalam maya,
Moga Syawal beri cahaya,
Ukhwah kita terus terjaga.
Santai beraya ziarah saudara,
Makan berpada jangan berlebihan,
Gula dan minyak berpada-pada,
Agar badan sihat berpanjangan.
Sahabat lama tetap di ingatan,
Walau jarak memisah kini,
Salam Syawal ku hulurkan,
Moga bahagia kekal abadi.
Ucapan tulus ikhlas daripada Pengarah & Warga Kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan.
