Skip to main content

PROMOSI SEMPENA PROGRAM AGROFEST SEBAUH 2026

 
10 - 12 JULAI 2026 | JUMAAT - AHAD | SEBAUH
 
LPNM Negeri Sarawak telah menyertai Agrofest Sebauh 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 di Parking Lot BDA, Pekan Sebauh, Bintulu.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada siri Mini Agrofest Sarawak yang bertujuan mempromosikan sektor agromakanan, memperkasa usahawan tempatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap industri pertanian.
 
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.
 
Sepanjang program berlangsung, LPNM Negeri Sarawak telah mengadakan pameran dan promosi industri nanas, mempamerkan pelbagai produk berasaskan nanas serta memberi penerangan mengenai pembangunan industri nanas di Sarawak.
 
Pengunjung turut berpeluang menikmati agihan buah nanas bagi mempromosikan pengambilan buah nanas tempatan.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia