PROGRAM WALKABOUT & KEMPEN PROMOSI NANAS DI PUSAT KOREKSIONAL JASIN
ππ ππ©π«π’π₯ ππππ | πππ¬π’π§, πππ₯ππ€π
Β
Program Walkabout dan Kempen Promosi Nanas oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah disempurnakan dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah.
Turut hadir Pengerusi FAMA Corporation Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Ashraf Mukhlis bin Minghat, Ketua Pengarah LPNM, YBrs. Encik Mohd Khairuzamri bin M. Salleh, serta Pengarah Jabatan Penjara Negeri Melaka, YBrs. TKP Tuan Rosman bin Norman@Normin, bersama kehadiran pegawai kanan kementerian, agensi serta rakan strategik yang turut menjayakan program ini.
Β
Program ini terus memperkukuh pembangunan industri nanas melalui pemindahan teknologi, latihan serta inisiatif keusahawanan, termasuk penghasilan silaj nanas dan Projek BENUM yang membuka peluang penjanaan pendapatan tambahan melalui sisa nanas.
Β
Selain itu, kempen promosi turut dilaksanakan melalui agihan nanas MD2 secara percuma bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap khasiat dan potensi komoditi ini.
