PROGRAM PROMOSI SEMPENA KEMPEN LEBIHKAN MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
20 MEI 2026 | RABU | KUCHING
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak menjayakan Program Promosi Nanas sempena Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan bagi Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan pengambilan buah-buahan tempatan khususnya nanas sebagai sumber makanan berkhasiat. Sebanyak 1,000 biji buah nanas varieti SG1 serta 500 unit pelbagai produk berasaskan nanas telah diagihkan sepanjang program berlangsung.
Inisiatif ini turut menjadi platform bagi memperkukuh kesedaran terhadap potensi industri nanas sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan agro makanan negeri Sarawak.
