PROGRAM PROMOSI BAGI IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA DI SAMARAHAN
27 MEI 2026 | RABU | SAMARAHAN
Program Promosi bagi Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha telah diadakan di Masjid Darul Ikhlas, Kampung Sindang Baru bagi memeriahkan sambutan Aidiladha serta mempromosikan pengambilan buah-buahan tempatan khususnya buah nanas dalam kalangan masyarakat setempat.
Program tersebut turut melibatkan agihan buah nanas kepada para jemaah dan penduduk kampung sebagai usaha menggalakkan budaya pemakanan sihat serta memperkenalkan kelebihan buah nanas.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperluaskan promosi produk dan hasil pertanian nanas melalui aktiviti kemasyarakatan.
