PROGRAM LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
14 Januari 2026
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan kerja rasmi Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Pusat Pengumpulan Nanas Sungai Gumut, Hulu Selangor.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi pusat pengumpulan, perkembangan industri nanas serta usaha memperkukuh rantaian nilai dan sistem pemasaran nanas negara.
Sesi lawatan turut merangkumi taklimat ringkas, sesi perbincangan bersama pegawai terlibat serta tinjauan lapangan di pusat pengumpulan.
LPNM komited dalam memperkukuh industri nanas negara melalui pengurusan yang lebih efisien, mampan dan berdaya saing.
