Skip to main content

PROGRAM JELAJAH SEJAHTERA AGRO : HARI BERTEMU PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN DUN AYER KUNING

๐Ÿ— ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ž๐ซ๐›๐š๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐Š๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐“๐š๐ก๐ข๐ซ
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€ ๐€๐†๐‘๐Ž: ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐Œ๐” ๐๐„๐“๐€๐๐ˆ, ๐๐„๐๐“๐„๐‘๐๐€๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐˜๐€๐ ๐ƒ๐”๐ ๐€๐˜๐„๐‘ ๐Š๐”๐๐ˆ๐๐†
Pada 9 April 2026, telah berlangsungnya Program Jelajah Sejahtera Agro: Hari Bertemu Petani, Penternak Dan Nelayan bagi DUN Ayer Kuning. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak. Turut hadir ialah YB. Dr Mohamad Yusri Bin Bakir, ADUN Ayer Kuning, YDH Toh Paduka Indera Dato' Haji Mat Rasid Bin Ayob, Orang Besar Jajahan Batang Padang, Tuan Ahmad Redhauddin Bin Ahmad Shokori, Pegawai Daerah Batang Padang, Tuan Azmi Bin Abd Aziz, Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah, Ketua-ketua Jabatan dan wakil-wakil dari agensi terlibat.
Hari Bertemu Petani, Penternak dan Nelayan dalam Program Jelajah Agro MADANI bertujuan mendekatkan kerajaan dengan komuniti agro, di samping membina hubungan yang lebih kukuh serta kepercayaan antara kedua-dua pihak. Program ini juga menjadi platform penting untuk mengumpul maklum balas dan data terus dari lapangan bagi menambah baik dasar serta inisiatif sektor pertanian negara.
Pelbagai pengisian dan aktiviti bermanfaat yang disediakan sepanjang program berlangsung termasuk kaunter perkhidmatan agensi kerajaan, booth pameran agensi, Jualan Agro Madani serta jualan produk usahawan tempatan. LPNM Negeri Perak mengambil bahagian dengan membuka kaunter perkhidmatan untuk memberi informasi berkaitan tanaman nanas serta insentif yang tersedia untuk tahun 2026.
Semoga program ini memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dan semoga kita berjumpa lagi di program-program akan datang.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Perak

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM Negeri Perak)
Bangunan Pengurusan Aras G,
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),
Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
KM 16, Jalan Gopeng,
31600 Gopeng, Perak.

05-3571942
05-3572145
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

ยฉ 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia