PROGRAM FLAG-OFF PENGEKSPORTAN PERTAMA NANAS SARAWAK GOLD (SG1)
19 MEI 2026 | SELASA | KUCHING
Program Flag Off Pengeksportan Pertama Nanas Sarawak Gold (SG1) bagi Program Percubaan Eksport Nanas dan Produk Berasaskan Nanas oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dari Negeri Sarawak ke Singapura telah diadakan di Evergreen Eco Plantation.
Pelaksanaan program ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memperluaskan akses pasaran antarabangsa bagi varieti nanas Sarawak Gold (SG1) serta memperkukuh potensi industri nanas negeri Sarawak dalam sektor perdagangan eksport berasaskan agromakanan.
Program percubaan eksport ini turut menjadi platform penting dalam menilai penerimaan pasaran luar negara terhadap kualiti dan daya saing produk nanas dari Sarawak. Selain itu, program percubaan eksport ini turut bertujuan untuk menilai serta memperhalusi prosedur dan protokol eksport dari Sarawak ke negara destinasi bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan logistik, perundangan dan piawaian antarabangsa.
Program ini mencerminkan komitmen LPNM dalam memperkasa pembangunan industri nanas negara melalui pengukuhan rantaian pemasaran, peningkatan nilai komersial produk tempatan serta pengembangan jaringan perdagangan antarabangsa.
