PERKONGSIAN DALAMAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN PEJABAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PAHANG
Sekitar sesi perkongsian dalaman berkaitan pengurusan keselamatan dan perlindungan pejabat yang telah diadakan di peringkat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Pahang.
Sesi ini telah disampaikan oleh En. Izwan Azrien bin Rasli, Pegawai Keselamatan daripada LPNM Negeri Sembilan. Perkongsian ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga kerja terhadap aspek keselamatan pejabat, termasuk prosedur perlindungan, pengurusan risiko dan langkah pencegahan.
Diharapkan melalui sesi ini, semua warga kerja dapat mengamalkan tahap keselamatan yang lebih tinggi serta sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di tempat kerja.
