PERBINCANGAN PROJEK NANAS SARAWAK GOLD (SG1) NEGERI PAHANG
Sekitar sesi perbincangan Projek Nanas Sarawak Gold (SG1) yang telah diadakan di Pejabat LPNM Negeri Pahang.
Perbincangan ini memberi fokus kepada potensi pembangunan varieti nanas Sarawak Gold (SG1) serta permintaan pasaran, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Inisiatif ini dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta membuka peluang kepada usahawan dalam industri nanas.
