Perbincangan dan perkongsian maklumat bersama Lembaga Zakat Selangor
Terima kasih kepada pihak Lembaga Zakat Selangor atas kunjungan ke pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor bagi sesi perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan geran serta program pembangunan usahawan yang disediakan oleh LPNM.
Perbincangan ini turut menyentuh cadangan pelaksanaan projek keusahawanan komuniti melibatkan 10 orang asnaf terpilih dengan penghasilan dan pemasaran produk berasaskan nanas. Diharapkan inisiatif ini dapat membuka peluang kepada golongan asnaf untuk meningkatkan taraf ekonomi serta memperkasa penglibatan mereka dalam industri nanas.
Semoga kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dapat memberi manfaat kepada pembangunan usahawan asnaf di Negeri Selangor.
