PENGHANTARAN INPUT PERTANIAN PROJEK JANAAN EKONOMI DALAM RANTAIAN INDUSTRI NANAS 2026
Sekitar program penghantaran input pertanian bagi Projek Janaan Ekonomi Dalam Rantaian Industri Nanas Tahun 2026 kepada peserta tanaman nanas di Ladang Nanas MD2, Kampung Kerpal, Kuantan, Pahang.
Program ini melibatkan seramai 2 orang peserta dengan keluasan keseluruhan 10.00 ekar.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong pembangunan industri nanas tempatan serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan usahawan tani.
