PEMBEKALAN INPUT PERTANIAN
| 10 MARCH 2026 | NIBONG TEBAL |
Pembekalan input pertanian telah disalurkan kepada pekebun nanas, Ng Bak Song di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan yang mengusahakan tanaman nanas seluas 6.0 ekar.
Input pertanian yang dibekalkan ini adalah bagi membantu keperluan pengurusan tanaman serta memastikan pertumbuhan pokok nanas yang lebih sihat dan optimum.
Bantuan ini juga diharap dapat meningkatkan produktiviti kebun dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran nanas di kawasan tersebut.
